19 April 2007

Jaminan Keuntungan Yang Di JAMIN Melebihi 700%

Rasullullah s.a.w. telah bersabda "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :


1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda

:- adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.


2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda

:- adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.


3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda

:- adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.


4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda

:- adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah


Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al Baqarah: 261,



"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti menanam sebutir biji dan biji itu menerbitkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu pula membuahkan seratus biji buah. Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui."


Oleh saya menyeru kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan sekalian marilah kita lakukan amalan bersedekah dengan ikhlas dan konsisten...Jaminan melebihi 700% pulangan ... InsyaAllah...

08 April 2007

ASMAUL HUSNA











Mengaut Untung Besar Dalam Masa Seminit

---- Anda boleh membaca surah al-Fatihah sebanyak 5 kali.


‏عن ‏عبد الملك بن عمير ‏قال قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏في ‏ ‏فاتحة الكتاب ‏‏ شفاء. من كل داء سنن الدارمي

Diriwayatkan daripada Abdul Malik bin Umair, katanya sabda Rasulullah SAW: Di dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk semua penyakit.

***

--- Anda boleh membaca surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.


عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏من قرأ قل هو الله أحد حتى يختمها عشر مرات بنى الله له قصرا في الجنة فقال عمر بن الخطاب إذا أستكثر يا رسول الله فقال رسول الله صلى الله( عليه وسلم الله أكثر وأطيب‏ (مسند إمام أحمد

Diriwayatkan daripada Nabi SAW sabda baginda: Sesiapa yang membaca ayat “Qul huwallahu ahad..” sehingga akhir (surah al-Ikhas) sepuluh kali, nescaya Allah membina istina untuknya di syurga. Lalu Umar bin al-Khattab berkata: Jadi saya akan memperbanyakkannya. Jawab baginda: Perbanyakkanlah dan perelokkanlah.”

***

--- Anda boleh membaca 20 kali:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير


عن أبي أيوب الأنصاري رضي اللّه عنه، عن النبيّ صلى اللّه عليه وسلم قال‏ من قال: ‏ ‏لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير عشر مرار كان كمن أعتق أربعة أنفس من ولد ‏إسمعيل ( صحيح البخاري، صحيح مسلم

Diriwayatkan daripada Abu Aiyub al-Ansariy RA, daripada Nabi SAW bahawa sabda baginda: Sesiapa yang membaca “Lailahaillah wahdahu la syarikalah….”; sepuluh kali maka ia seolah-olah memesrdekan empat orang hamba dari keturunan Nabi Ismail.”

***

--- Anda boleh menyebut 100 kali:

سبحان الله وبحمده


‏عن ‏ ‏ابن عمر ‏ ‏قال ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ذات يوم ‏ ‏لأصحابه ‏ ‏قولوا سبحان الله وبحمده مائة مرة من قالها مرة كتبت له عشرا ومن قالها عشرا كتبت له مائة ومن قالها مائة كتبت له ألفا ومن زاد زاده الله (سنن الترمذي

Diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya, pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat-sahabat baginda: katakanlah: Subhanallahi wabihamdih … seratus kali, dicatatkan untuknya sepuluh. Sesiapa yang menyebutnya sepuluh kali, dicatatkan sertatus. Sesiapa yang menyebutnya seratus kali, dicatatkan untuknya seribu. Sesiapa yang melebihkan, maka Allah akan menambah untuknya.

***

--- Anda boleh menyebut lebih dari 40 kali:

لا حول ولا قوة إلا بالله


لا حول ولا قوة إلا بالله كنز من كنوز الجنة‏.‏ رواه الشيخان عن أبي موسى،

“Lahaula wala quwta illa billah adalah daripada khazanah syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa).


من قالها نظر الله إليه ومن نظر الله إليه أعطاه خير الدنيا والآخرة

Dalam riwayat yang lain terdapat penambahan: Sesiapa yang menyebutnya, nescaya Allah memandang kepadanya. Sesiapa yang Allah pandang padanya, nescaya Allah memberi kebaikan dunia dan akhirat kepadanya.”

ورواه الطبراني عن جابر بلفظ لا حول ولا قوة إلا بالله دواء من تسعة وتسعين داء أيسرها الهم‏.‏ (كشف الخفاء ومزيل الإلباس

Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Jabir dengan lafaz: Lahaula wala quwta illa billah adalah penawar untuk 99 penyakit, yang paling mudahnya ialah dukacita.

***

--- Anda boleh menyebut lebih dari 10 kali:

سبحان الله وبحمده عدد خلقه، ورضا نفسه، وزنة عرشه، ومداد كلماته

‏عن ‏جويرية ‏أن النبي ‏صلى الله عليه وسلم ‏خرج من عندها ‏ ‏بكرة ‏ ‏حين صلى الصبح وهي في مسجدها ثم رجع بعد أن أضحى وهي جالسة فقال ما زلت على الحال التي فارقتك عليها قالت نعم قال النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لقد ‏ ‏قلت بعدك أربع كلمات ثلاث مرات لو وزنت بما قلت منذ اليوم لوزنتهن سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ‏ ‏ومداد ‏(صحيح مسلم)

Diriwayatkan daripada Juairiah, Umm al-Mukminin r.‘a., bahawa Nabi s.‘a.w. keluar dari sisinya pada suatu pagi, sesudah baginda solat subuh, sementara Juairiah masih di tempat solatnya, kemudian baginda pulang ketika waktu dhuha, sedang dia masih duduk di tempatnya, lalu baginda bertanya: “Engkau masih lagi dalam keadaan ini sebagaimana aku tinggalkan engkau tadi?” Jawab Juairiah: “Ya!” Lantas Nabi s.‘a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya, selepas aku tinggalkan engkau tadi, aku telah membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, andainya kalimat-kalimat itu ditimbang dan dibandingkan dengan apa yang engkau baca sepanjang pagi ini, tentulah dapat menyamainya iaitu: Subhanallahi wabihamdihi…

***

--- Anda boleh beristighfar kepada Allah lebih dari 100 kali.

استغفر الله العظيم

عن ‏عبد الله بن عباس‏ ‏قال‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم من لزم‏ ‏الاستغفار جعل الله له من كل هم فرجا ومن كل ضيق مخرجا ورزقه من حيث لا يحتسب (سنن أبو داود

Daripada Abdullah bin Abbas, katanya: Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang lazim beristighfar, nescaya Allah melapangkannya dari segala kekusutan, mengeluarkannya dari kesempitan dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.

***

--- Anda boleh berselawat kepada Nabi sebanyak 20 kali.

اللهم صل على سيدنا محمد


Sabda Rasulullah SAW:

‏من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ‏ ‏وحطت ‏ ‏عنه عشر خطيئات ورفعت له عشر درجات
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat kepadanya (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali, menghapuskan sepuluh kesalahannya dan mengangkatnya sepuluh darjat.”(Hadis Riwayat Anas bin Malik; Sunan al-Nasaiy)

***

- Anda boleh menyebut sebanyak 50 kali:

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

Sabda Rasulullah SAW:

كلمتان خفيفتان على اللسان ثقيلتان فى الميزان حبيبتان إلى الرحمن : سبحان الله و بحمده، سبحان الله العظيم

“Dua kalimah yang ringan untuk disebut pada lisan, berat dalam timbangan, dan disukai oleh al-Rahman: Maha Suci Allah dan dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Riwayat Abu Hurairah; Sahih al-Bukhari)

- Anda boleh menyebut sebanyak 50 kali:

لا إله إلا الله

Ia adalah kalimah yang agung.

عن جابر قال: سمعت رسول الله يقول: أفضل الذكر: لا إله إلا الله (رواه الترمذي وقال: حديث حسن

Diriwayatkan daripada Jabir katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal ialah lailahaillah

***

--- Anda boleh menyebut sebanyak 25 kali:

سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله والله أكبر

Sabda Rasulullah SAW:

أحب الكلام إلى الله أربع لا يضرك بأيهن بدأت سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

“Terdapat empat kalimah yang paling disukai Allah, tidak salah bagi kamu untuk memulakan menyebut mana-mana satu darinya iaitu: Maha Suci Allah, Segala puji hanya bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha besar.” (Riwayat Muslim)

***

--- Anda juga boleh menadah tangan berdoa meminta apa sahaja kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

ما من مسلم يدعو الله بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعة رحم إلا أعطاه الله بها إحدى ثلاث إما أن تعجل له دعوته في الدنيا وإما أن تدخر له في الآخرة وإما أن يصرف عنه من الشر مثل ذلك قالوا يا رسول الله إذا نكثر قال الله أكثر (مسند أحمد

Tiada sesiapa daripada seseorang muslim yang berdoa kepada Allah bukan tujuan dosa atau memutuskan hubungan persaudaraan melainkan Allah berikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Ditunaikan segera permintaanya di dunia, dijadikan sebagai simpanan untuk bekalan di akhirat, atau pun dihindarkan daripadanya keburukan yang seimbang dengan permintaanya. Para sahabat berkata: Oleh itu kami akan memberbanyakkanya.


إن ربكم تبارك وتعالى حيي كريم يستحي من عبده إذا رفع يديه إليه أن يردهما صفرا (صحيح الترمذي)

Sesungguhnya Tuhan kamu yang maha tinggi, amat malu dan maha mulia. Dia malu terhadap hambanya yang menadah doa tangan berdoa kepadanya untuk menolak tanpa apa-apa.

Amalan Murah Rezeki

1) Membaca SURAH AL-WAQIAH -

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir). -

Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".” -

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

3)

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ ، وَتُعِزُّ مَن تَشَاء ، وَتُذِلُّ مَن تَشَاء ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، تُولِجُ اللَّيْـلَ فِي الْنَّهَارِ ، وَتُولِجُ النَّـهَارَ فِي اللَّيْلِ ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ ، وَتُخْرِجُ الْمَيِّـتَ مِنَ الْحَيِّ ، وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَـابٍ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، تُعْطِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُمَا وَتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ ، اِرْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang Engkau mahu. Engkau menahan kedua-duanya terhadap sesiapa yang Engkau mahu. Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.” -

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Mu‘az! Aku mahu ajarkan engkau sebuah doa. Jika engkau menanggung segunung hutang lalu engkau membacanya nescaya Allah menunaikannya untuk engkau. Bacalah: قل الله مالك اللمك.... (Ayat dan doa di atas).” (Kanz al-Ummal).

4)

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” -

Sabda Rasulullah SAW:” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di atas. )Riwayat daripada Mu‘az bin Jabal: Majma‘ al-Zawaid, Kanz al-Ummal).

5)

الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ

“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.” - Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: “Aku mahu mengajar kamu kalimah yang diajar oleh Rasulullah kepadaku. Jika engkau menanggung segunung hutang tentu Allah akan tunaikannya. Bacalah: اللهم اكفني بحلالك... (Doa di atas).” (Riwayat daripada ‘Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib).

6)

الَّلهُمّ رَبَّ السَّماوَاتِ السَبْعِ ، وَرَبَّ العَرْشِ العَظِيْـمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كلِّ شَيْءٍ ، وَمُنْزِلَ التَوْرَاة وَالإِنْجِيْلَ وَالقُرْآنَ ، فَالِقَ الْحَبِّ والنَّوَى ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شرِّ كُلِّ ذِي شَرٍّ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، والظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَالبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ ، اقْضِ عنِّي الدَّيْنَ وَاغْنِنِي مِنَ الفَقْرِ

“Ya Allah, Tuhan bagi tujuh lapisan langit, juga Tuhan ‘Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Yang menurunkan Taurat, Injil dan Quran. Yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan buah-buahan. Aku mohon berlindung denganMu daripada kejahatan segala suatu yang jahat yang ubun-ubunnya di dalam genggamanMu. Engkaulah yang awal, tiada suatu pun yang sebelum Engkau. Engkaulah yang akhir, tiada suatu pun yang selepas Engkau. Engkaulah yang zahir, tiada suatu pun yang di atas Engkau. Engkaulah yang batin, tiada suatu pun yang di bawah Engkau. Tunaikanlah hutangku dan berilah aku kekayaan daripada kefakiran.” -

Sabda Rasulullah SAW: “Bacalah: اللهم رب السماوات... (Doa di atas).” (Riwayat daripada Abu Hurairah: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Sahih).

7)

الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.” -

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

8)

Sabda Rasulullah SAW:

الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ

“Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)

9)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya dimakbulkan untuknya.”